Bila Suami merajuk..

"kalau suami merajuk, macamana nak pujuk?" seorang kawan bertanya pada saya... saya senyum simpul jer dengan pertanyaan tu... merajuk ni sebenarnya perkara biasa dalam rumah tangga... biasanya suami memang payah merajuk..yang selalu merajuk adalah isteri... suami susah merajuk dan susah jugak nak pujuk...isteri mudah merajuk dan mudah sangat nak pujuk...;)

bila dah terlanjur buat suami merajuk, ape isteri perlu buat?

pertama sekali, mintak maaf dulu... sebagai isteri, kita mesti ingat, redha Allah adalah redha suami... jadi, kalau suami kita tak redha, maknanya kita jauh dari Allah, bila jauh dari Allah, hidup ni langsung tak bermakna. suami suka bila isteri merendahkan dirinya dengan suami...walaupun kadang-kadang isteri rasa dia berada di pihak yang benar, bersabarlah dulu... tawan kembali hati suami, jangan biar rajuk terlalu lama...isteri juga yang susah...

bila minta maaf, sertakan dengan air mata...bukan air mata yang di buat2...tp lahir dari hati yang takut dengan bayangan azab siksa Allah sekiranya mendapat title isteri nusyuz atau isteri derhaka...na'uzubillah...air mata adalah senjata paling kuat bagi wanita untuk mencairkan hati suami...ibarat kata, kalau nak padamkan api, siram dengan air, bukan dengan minyak... kalau bergaduh, isteri simbah minyak, makin menyala api kemarahan, makin marak hati terbakar, bila dah hangus, susah dah nak cuci kesan terbakar...susah nak kembali kepada asal...

sebagai isteri, kita mesti cuba memahami hati suami, belajar memberi dan menerima. walaupun kadang-kadang ada yang kita tak setuju, tapi selagi tidak bercanggah dengan syarak, apa salahnya kita menyokong dan membantu? jika saling bekerjasama dan memberi sokongan antara satu sama lain, insya Allah rumah tangga aman damai sentiasa... kita selalu mengharapkan suami memahami diri kita, begitu juga dengan suami.. jangan hanya pandai menerima tetapi kedekut untuk memberi...tetapi bermurah hatilah untuk sentiasa memberi kerana kita pasti akan menerima balasan darinya...

percayalah...;)

Our Guinea Pig

ini dua beradik guinea pig milik kami. sekali tengok macam tikus, tapi sebenarnya guinea pig ni dari spesis arnab. ada jugak yang kata hamster, tapi dia lebih besar dari hamster... ntah la..yang penting diorg ni comelllll...

mula-mula kami beli, diorg ni mcm takut2 jer..senyap jer..kitorg ingat mmg jenis diorg ni pendiam...rupanya lepas beberapa hari, diorg dah mula aktif, main berlari-lari dan makan banyak...

dulu saya tak setuju jugak bila suami nak beli diorg ni...tp dah lama ni, rasa sayang dan suka pulak tgk gelagat diorg. saya cuma malas nak uruskan 'big water' dan 'small water' diorg jer...tapi masalah ni dapat diselesaikan dengan alfalfa hay...rumput ni dia serap bau..so, takde langsung masalah bau najis diorg ni...

ada la jgk kitorg bercadang nak mandikan diorg...biasa diorg mandi sendiri jer dengan jilat2 badan sendiri. tak pernah kene air lagi ni...kitorg cuma beli serbuk mandian perisa limau untuk diorg bergolek2 bagi wangi...serbuk mandian ni tak bahaya, buktinya diorg suka jilat2 serbuk ni, dan tak mati pun.. hehe..

selain tu, kitorg bagi diorg makanan khas yang kitorg beli kat kedai, serta air paip yang kami titiskan vitamin untuk kesihatan diorg. diorg selalu la nyanyi..."ku gembira sentiasa, badanku sihat dan kuat..biar panas atau sejuk, kubermain penuh minat.." (saya agak la diorg nyayi mcm lagu dalam iklan scott imulsion ni...hehehe)

yang saya suka sangat ngan diorg ni, time diorg lapar... balik jer saya dari kerja dan makanan diorg dah habis, diorg akan bunyi "beep!beep!" panggil saya tunjuk bekas makanan diorg dah habis...saya tahu la diorg lapar...yang herannya, suami saya satu hari duk main komputer sebelah kandang diorg, langsung diorg tak mintak. nampak jer saya masuk bilik, terus diorg bunyi...saya pun goyang2 la tabung makanan diorg sambil saya tanya, "nak ni?? nak ni??" lagi kuat diorg bunyi..nampak excited dan tak sabar2...hehehe..saya gelak jer tengok aksi diorg...

Gambar ni saya ambik time dia tengah mintak makanan kat saya...hehehe.. diorg akan mintak sambil gerak-gerakkan telinga dan bunyi yang bising...rasa kesian lak nampak...lapor...

guinea pig ni suka mencuba sesuatu yang baru... mula2 agak lambat sikit respon dia, tapi bila dah lama sikit, diorg pandai sesuaikan diri...

masa saya tgh mengumpat hal diorg ni, diorg tgh tidur..letih sangat main tadi kot... hehehe.. selamat malam my guinea pig yang cumeyyy....

ada saper2 nak berkongsi cerita tentang guinea pig??