Posted by
EyezaNadia
comments (5)
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa erti yang tersendiri kepada diri masing-masing. Alhamdulillah..terasa Ramadhan kali ini cukup berbeza dengan Ramadhan yang sebelumnya. suasana kali ini memang tak sama kerana dulu sorang, sekarang dah berdua...entah bila nak bertiga.. hehe...
Terima kasih pada suami tercinta kerana memberi suasana Ramadhan yang baru pada saya. kalau dulu, masa semput2 nak masuk maghrib, sibuk masak kat dapur lagi...sekarang, masa sebelum maghrib, diisi dengan sedikit tazkirah dari suami dan bacaan wird al-latif beramai-ramai( disertai adik beradik suami dan kedua mertua saya).
kalau dulu, masuk jer waktu maghrib, saya akan mengadap juadah dulu sampai perut membuncit. hehe...tapi sekarang, masuk jer maghrib, kami makan kurma dulu 2-3 biji dan air kosong. pastu cepat-cepat bersiap untuk solat maghrib berjemaah. dah solat maghrib, barulah mengadap juadah berbuka yang menyelerakan. tapi mmg berbeza antara makan ketika waktu mula-mula maghrib dengan makan selepas solat maghrib. yang nyata, lepas solat maghrib lbih baik kerana waktu tu kita dah takde nafsu nak makan banyak. berat badan pun terkawal..hehe.. kalau makan berat waktu mula2 orang azan, segala benda kita nak sumbat dalam perut. macam dah takde masa nak makan dah lepas ni...pastu tersadai kekenyangan, nak sembahyang pun malas..betul tak??
bila makan sikit, masa untuk berehat pun lbih banyak...tak la terkejar2 sangat untuk bersiap ke masjid...kalau dulu, habis azan isyak baru boleh bertolak dari rumah, tapi sekarang, awal2 lagi dah boleh bertolak ke masjid. solat terawikh pun tak mengantuk sangat...;)
puasa ni memang penawar paling mujarab untuk semua jenis penyakit. sebab punca penyakit adalah dari pemakanan kita sendiri. semua yang Allah aturkan tu memang bijak dan sesuai dengan semua manusia. hanya terpulang kepada manusia itu sendiri untuk menilai sama ada tuntutan puasa sebulan ramadhan ini adalah satu penyiksaan atau sebenarnya untuk memberi kebaikan...tepuk dada, tanya iman..kalau tanya selera, mesti selera jawab..."aku nak makan! aku nak makan!" kalau tanya iman....iman jawab, "puasa medan tarbiyah dan terapi mujarab segala penyakit" kalau tanya aiman....aiman jawab, "aiman tak kisah...." hehehe...