SALAM MAULIDURRASUL


PETUA MUDAH BERSALIN


Suatu hari saya bersama suami ke klinik buat medical check up untuk melayakkan saya mendaftar sebagai pelajar j-QAF. sewaktu menunggu keputusan x-ray, ada seorang kakak menegur saya. "buat medical check up untuk j-QAF juga ke?" saya menjawab "ha'ah!" perbualan demi perbualan berlaku antara kami dan sejak tu kami jadi kawan. saya panggil dia k.mi. orangnya kecil molek, macam anak dara usia 20-an, tapi sebenarnya dia dah umur 30-an dan ada anak 5! fuhhh... dan pada hari perkenalan kami tu dia sebenarnya baru lepas bersalin 4 bulan.

tiba hari pendaftaran pelajar j-QAF di institut pendidikan guru malaysia kampus dato' razali ismail, saya sekali lagi bertemu k.mi. setelah selesai pendaftaran, saya mengikut k.mi ke rumah pengasuh anak dia yang baru berusia 4 bulan untuk menyusu. tiba di rumah pengasuh, anak kecil k.mi terus disusukan. sambil menyusu, saya berbual-bual dengan pengasuh anak k.mi tentang melahirkan anak. kebanyakan cerita yang saya dengar tentang waktu kelahiran adalah tentang kesakitan yang amat sangat terpaksa ditanggung si ibu. ibarat berperang dengan maut untuk melahirkan seorang manusia. tapi cerita pengasuh anak k.mi ni berlainan pula.

dia dapat melahirkan dengan mudah dan tidak sakit sangat. saya terus tanya dia petua apa yang dia amal atau guna? dia cakap takde petua khusus pun tapi yang paling penting, JANGAN DERHAKA PADA SUAMI. subhanallah...saya terfikir dan merenung kembali kata-kata dia. benar juga, bila orang yang mendapat redha suami dan sentiasa baik terhadap suami, pasti Allah mudahkan dia dalam segala urusan. dia sambung cerita lagi, ramai wanita yang dia kenal dan pernah melawan cakap suami, pasti mengadu kesakitan yang amat sangat bila melahirkan anak. na'uzubillah..semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan tu.

benar, untuk mengikut semua kehendak dan arahan suami kadang-kadang memang susah, terutama bila kita ada fikiran dan pendapat kita sendiri tentang sesuatu perkara. namun, berusahalah wahai wanita, walaupun berlawanan dengan kehendak sendiri, selagi arahan dan pendapat suami tidak bertentangan syarak, ikutlah dan turutilah...insya Allah ada kebaikan yang akan kita peroleh dengan sebab kita mentaatinya. hidup kita pasti akan terasa mudah dan bahagia kerana suami redha pada kita. jadi, wahai wanita, untuk mengatasi kesakitan ketika bersalin, cubalah amalkan petua ni. ;)

Isteri Cerdik yang Solehah...

Alangkah bahagia jika mendapat title isteri cerdik yang solehah...itulah cita-cita saya...berada di samping suami yang soleh...diri kita mesti jadi solehah juga...untuk dapat title isteri cerdik yang solehah ni bukan mudah, bukan boleh dibeli di kedai... tapi boleh dapat kalau kita usaha...hari-hari fikirkan cara untuk buat suami gembira, senang hati, terhibur dengan kita dan sebagainya. apa yang penting adalah untuk dapatkan redha dia...kerana redha suami, redha Allah jua.. adat berumahtangga, pasti ada cabarannnya. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. namun, kalau berlaku pertelingkahan antara suami isteri, jangan biarkan berlarutan, maafkan segera dan mengalah lah wahai wanita..kerana itu sifat kita. mengalah bukan beerti lemah, tapi kita sebenarnya menjadi kuat dan menang kerana kita berjaya mengalahkan syaitan yang sering mencari peluang untuk meruntuhkan 'masjid' yang kita bina. yang paling penting, untuk menjadi isteri cerdik yang solehah, perlu ada ilmu di dada...ilmu agama tentunya. kerana agama yang menjaga kita. Islam mengajarkan kita semua perkara dan kita akan berjaya jika bersandar pada agama. bangunlah wahai wanita, perbetulkan diri kita, lengkapkan diri kita dengan ilmu. kerana, Rasulullah telah menyaksikan bahawa wanitalah yang paling ramai mendiami neraka dan salah satu puncanya adalah tidak taat pada suami. semoga Allah menjauhkan diri kita semua dari golongan itu dan tergolong dalam golongan yang Allah redhai.

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

***Ya allah, jadikanlah aku isteri cerdik yang solehah dan berada disamping suami yang soleh***