setelah bergelar isteri orang, ramai orang komplen tentang saya....huhuhu..perkara ni memang merisaukan saya...tapi saya buat rilex jer... kawan-kawan, sedara-sedara, jiran-jiran kat sini pun komplen... "nampak makin sihat sekarang.. mengandung kerr?" huhuhu...memang soalan ni la yang asyik orang tanya memandangkan tubuh saya yang semakin tembam dan membulat sekarg.. hmmm..memang saya mengandung...tapi bukan mengandung bayi, mengandung nasik yang banyak..hehehe.. ntah la, sejak kawin ni selera makan memang menjadi-jadi... risau, tapi rilex... hehe..
tapi, sejak akhir-akhir ni saya mula fikirkan kembali... hmmm..tak boleh jadi ni...saya mesti berbuat sesuatu...saya dah mula amalkan cara diet yang tersendiri. tak boleh keterlaluan juga memaksa diri...mulakan dengan cara yang ringan-ringan dulu... kawan-kawan yang bermasalah seperti saya, kalau nak tiru cara saya pun boleh... hehehe...
1) tidak makan pada waktu malam. minum air jer.
2) tidak minum ais. minum air suam/panas sahaja
3) makan nasi tidak boleh tambah. 3 senduk 1 pinggan jer.
mulakan dengan pantang yang ringan dulu...lebih baik lagi amalkan puasa Isnin dan Khamis. setakat ni memang berhajat nak istiqamah puasa, tapi belum berjaya lagi..huhuhu..doakan saya..
saya nak amalkan cara makan macam ni dalam tempoh sebulan. bermula 1 mei. tunggu hasilnya 1 jun nnt..
"banyak makan lemah badan. lemah badan malas ibadat. malas ibadat kurang pahala... camana nak masuk syurga??"
Posted by
EyezaNadia
0 comments:
Post a Comment