Penyakit makmal..

saya baru balik dari sekolah...terasa nak coretkan sesuatu di blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk laksanakan niat saya ni...

hari ni saya nak bercerita tentang penyakit yang melanda anak-anak murid saya...terkena pada anak-anak murid saya yang tingkatan satu...saya namakan penyakit ni sebagai "penyakit makmal".... gejala yang boleh dikenal pasti bahawa anak murid kita tu terkena penyakit ni, adalah apabila kita masuk aje ke kelas, atau terjumpa di mana-mana, diorg akan sebut, "Ustazah, makmal!" hikhikhik.. kadang-kadang saya rasa nak tergelak, tapi kadang-kadang naik bosan juga apabila diorg tak henti-henti sebut perkataan makmal...

sebenarnya diorg nak saya adakan kelas di makmal komputer...tu yang selalu sebut makmal! makmal! makmal! saya memang ada terfikir nak adakan pengajaran di makmal komputer, tapi saya tahu sangat, diorg bukan nak dengar saya cakap nanti, nak main game dsb je yang lebih. lebih baik saya bagi nota dan penerangan dalam kelas...habiskan silibus dulu, ada masa nanti, saya bagi la muka kat diorg nak masuk makmal. yang hairannya, tak pernah puas diorg tu masuk makmal komputer, sedangkan subjek lain pun diorg dah masuk makmal komputer.. huhuhu...

saya selalu bagi amaran, "kalau perangai tak bagus, takleh masuk makmal.." ada yang ambil berat amaran saya, ada jugak yang wat tak layan, bercakap dan bermain di belakang.. jadi, saya putuskanlah, "sebab kawan awak bising, semua takleh gi makmal.." sebenarnya saya pun malas nak bagi diorg masuk makmal..saya nak mengajar...

akibatnya, setiap minit, diorg cuba pujuk saya, "Ustazah, masuk makmal la..." yang lain plak sebut, "Ustazah makmal..." saya balas, saya manusia...hehehe.. saya pun tanya la diorg, awak nak buat apa gi makmal? semua sebut yang baik-baik la.. pastu saya tambah, padahal nak main game...sorang lagi jawab, "kito dok main game..kito chat jah.." huhuhu...main game ngan chatting tu sama je la bagi saya..tak menyumbang kearah pembelajaran PAI(Pendidikan Agama Islam) langsung...

bagi saya, kalau saya bawak diorg ke makmal, saya akan cuba sediakan bahan yang boleh membantu pembelajaran subjek PAI diorg, saya takkan benarkan diorg main game atau biarkan diorg buat perkara tak berfaedah...

pendek cerita...itu la penyakit yang sedang menular di kalangan anak-anak murid saya...

0 comments: