Pengalaman saya lagi...

selepas saya dapatkan pandangan dari ketua bidang, saya perlu bawa alat yang boleh buat mereka rasa kecut....ROTAN... hehehe..bukan beerti saya suka merotan, tapi sekadar menampakkan amaran zahir daripada saya kepada anak-anak murid yang nakal dan tak terkawal...saya sebenarnya tidak suka merotan anak murid, dan kalau boleh, saya ingin menjadi kawan diorang, berkongsi masalah diorang, membantu dalam pelajaran, memberikan motivasi untuk berjaya dalam hidup dunia dan akhirat... itulah yang ada jauh di sudut hati saya..tapi saya hairan, kenapa anak-anak murid sekarang tak nampak apa yang ada dalam hati seorang guru??

saya doakan semoga Allah bagi petunjuk pada diorang...menyedarkan diorang akan pentingnya ilmu....bagi saya, mereka bukan bodoh..mereka cuma malas...dan tak nampak pentingnya belajar...rasa malas yang mereka miliki itu buatkan mereka biadab dengan guru... disuruh menulis, mereka tak nak, disuruh diam, mereka bercakap, disuruh duduk mereka bangun berkeliaran dalam kelas dan mengganggu... malah, ada yang susun keruni memanjang (macam katil) dan sedap-sedap jer tidur.... saya cuma geleng kepala..terus terang, saya tak marah sangat kalau diorang tidur sebab diorang tak mengganggu saya mengajar dan kawan2 yang nak belajar, yang saya rasa tak tahan bila saya bercakap, diorang pun bercakap, siap bergusti lagi dengan kawan-kawan lain..kesian mereka yang nak belajar...suasana terganggu...saya pulak terpaksa tinggikan suara walaupun puasa.. huhuhu..

itu baru dalam kelas, bila dah time balik, lain pulak cerita...ponteng solat...malah, bila saya tanya, mereka tak segan-segan mengaku mereka tak solat...malah bangga kerana mampu berkata benar....huhuhuhu...ntah la..apa yang diorang fikirkan...kalau saya, MALU nye kalau orang tahu tinggal solat...huhuhu...anda plak bagaimana? tu cerita solat, cerita puasa lak....saya tak ingat hari tu dah berapa Ramadhan...tapi masa saya tengah mengajar, sorang anak murid angkat tangan dan tanya..."ustazah....niat puasa macamana?" terkedu saya seketika..baru nak tanya niat puasa???!!!

0 comments: